Rangkaian penjagaan kulit Botanical Effects TM memang sudah sangat terkenal di kalangan pengguna jenama Mary Kay. Pastinya ramai yang telah berjaya mencapai kulit sihat yang diidamkan dengan penggunaan rangkaian Botanical Effects TM tersebut. Baru-baru ini Mary Kay telah megambil satu lagi langkah hebat apabila mengeluarkan rangkaian produk terbaru yang tidak kurang hebatnya dan dikenali dengan nama BOTANICAL EFFETCS® EVOLUTION. Mary Kay nyata berjaya menjadikan rangkaian penjagaan muka yang terbaru ini lebih ringkas, mudah digunakan dan diperkaya dengan antioksidan tinggi untuk memudah pengguna mencapai kulit yang lebih cantik dan sempurna. Botanical Effects® Evolution ini diformulasi dengan dua bahan utama iaitu ekstrak BUAH NAGA dan LIDAH BUAYA. Disebabkan itu, ianya ternyata mempunyai bau buahan semulajadi yang lebih menyegar dan menyenangkan. Buah Naga: Juga dikenali sebagai pitaya, buah naga mengandungi asid-asid lemak dan beberapa vitamin B-komplek...