Rangkaian penjagaan kulit Botanical EffectsTM memang sudah
sangat terkenal di kalangan pengguna jenama Mary Kay. Pastinya ramai yang telah
berjaya mencapai kulit sihat yang diidamkan dengan penggunaan rangkaian Botanical EffectsTM tersebut.
Baru-baru ini Mary Kay telah megambil satu lagi langkah
hebat apabila mengeluarkan rangkaian produk terbaru yang tidak kurang hebatnya
dan dikenali dengan nama BOTANICAL EFFETCS® EVOLUTION. Mary Kay nyata berjaya
menjadikan rangkaian penjagaan muka yang terbaru ini lebih ringkas, mudah
digunakan dan diperkaya dengan antioksidan tinggi untuk memudah pengguna
mencapai kulit yang lebih cantik dan sempurna. Botanical Effects® Evolution ini
diformulasi dengan dua bahan utama iaitu ekstrak BUAH NAGA dan LIDAH BUAYA. Disebabkan itu, ianya ternyata mempunyai bau buahan semulajadi yang lebih menyegar dan menyenangkan.
Buah Naga:
- Juga dikenali sebagai pitaya, buah naga mengandungi asid-asid lemak dan beberapa vitamin B-kompleks termasuk “vitamin anti-tekanan” B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan B3 (niacin).
- Buah naga sangat kaya dengan mineral seperti zat besi, kalsium dan juga fosforus.
- Ekstrak buah naga yang terkandung di dalam rangkaian penjagaan kulit Botanical Effects® Evolution amat kaya dengan antioksidan yang berupaya membantu melawan radikal bebas yang sangat merosakkan kulit.
- Khasiat yang terdapat pada buah naga mampu membantu penggunanya melawan kerosakan kulit akibat terdedah secara berterusan setiap hari kepada radikal bebas dari matahari dan persekitaran yang tercemar.
Lidah Buaya:
- Merupakan salah satu daripada tumbuhan yang paling berkhasiat di dunia dengan lebih daripada 75 nutrisi, termasuk 20 mineral dan juga 12 vitamin yang berbeza.
- Lidah buaya terbukti membantu mengekalkan pertahanan kelembapan kulit, serta tinggi kandungan Vitamin E, iaitu antioksidan yang memang terkenal dalam bidang penjagaan kulit.
- Lidah buaya juga dikenalpasti dapat menggalakkan pertumbuhan kulit yang lebih sihat.
- Ekstrak lidah buaya yang terkandung di dalam rangkaian penjagaan kulit Botanical Effects® Evolution berupaya membekalkan kelembapan dan antioksidan yang amat diperlukan oleh kulit setiap hari.
Terdapat 5 produk hebat di dalam rangkaian penjagaan kulit Botanical Effects® Evolution yang terdiri daripada pencuci muka, skrub, penyegar, pelembap dan pelindung tabir suria.
Botanical Effects® Cleansing Gel:
Pencuci muka ini berupaya membersihkan kulit secara mendalam serta berkesan, disamping melarutkan kesan-kesan minyak yang terdapat pada kulit. Pencuci ini tidak akan merengsakan atau menjadikan kulit terasa ketat atau kering selepas penggunaan, malah menjadikan kulit lebih lembut, bersih dan terpelihara.
Botanical Effects® Invigorating Scrub:
Skrub muka ini berfungsi untuk mengangkat sel kulit mati dan kusam sambil membersihkan pori-pori di muka dengan berkesan. Ianya diformulasi dengan biji buahan bagi membantu menyelesaikan masalah pori muka yang tersumbat. Ditambah dengan bahan semulajadi dari buah kelapa dan epal, skrub ini bukan sahaja menjadikan kulit kelihatan lebih lembut dan licin, malah mampu mengatasi masalah kulit kusam dan memberikan seri serta kesihatan kepada kulit.
Botanical Effects® Refreshing Toner:
Penyegar ini membantu mengecilkan pori muka yang jelas kelihatan sambil menghapuskan lebihan minyak pada kulit. Minyak berlebihan serta sel kulit mati yang menjadikan kulit kelihatan kusam akan dihapuskan untuk menjadikan kulit benar-benar bersih. Ia juga mengandungi ekstrak bunga witch-hazel yang digunakan secara tradisional sebagai astringen untuk mengetatkan liang pori tanpa menjadikan kulit kering. Membantu mengawal kilatan dan menjadikan kulit kelihatan sihat dan segar.
Botanical Effects® Moisturizing Gel:
Gel pelembab yang sangat ringan ini menyerap dengan sangat mudah serta tidak meninggalkan sebarang rasa melekit kepada kulit. Ianya membekalkan kelembapan optimum yang berterusan selama 12 jam kepada semua jenis kulit agar terhindar dari kekeringan. Formula bebas-minyak ini tidak menyumbat liang pori, memberikan kesan lembut dan licin serta menghasilkan kulit yang ternyata lebih sihat berseri.
Botanical Effects® Moisturizing Lotion SPF30
Losyen ringan ini menawarkan kelembapan serta perlindungan yang berterusan selama 12 jam daripada sinaran matahari yang merosakkan kulit. Formula yang lengkap dengan perlindungan spektrum-lebar dari sinaran UVA dan UVB ini menyerap pantas tanpa meninggalkan sebarang kesan atau rasa melekit pada permukaan kulit. Gabungan pelembap dan perlindungan tabir suria dalam satu produk menjadikan ia mudah dipakai dan menjimatkan masa pengguna.
Comments
Post a Comment