Skip to main content

Mary Kay Inc

Sedikit Info Mengenai MARY KAY INC.

Syarikat ini ditubuhkan pada 13 September 1963 oleh Mary Kay Ash yang pada ketika itu berumur 45 tahun. Mary Kay Inc kini mempunyai ibu pejabat bertaraf dunia yang terletak di Dallas, Texas, dan merupakan salah satu daripada syarikat kosmetik yang terbesar di dunia.

Mary Kay Ash - Pengasas Mary Kay Inc

Dengan lebih 3 juta Perunding Kecantikkan Bebas di 35 buah negara di seluruh dunia, Mary Kay Inc dijana oleh lebih daripada 600 wanita seluruh dunia yang kini merupakan Pengarah Jualan Nasional Bebas, status tertinggi dalam kerjaya di Mary Kay Inc.

Syarikat ini menjalankan lebih 500, 000 ujian bagi memastikan produk Mary Kay memenuhi piawaian kualiti, keselamatan dan prestasi yang tinggi dan sama sekali tidak menjalankan ujian produknya ke atas haiwan. Mary Kay Inc membangun, menguji, mengilang dan membungkus kebanyakan produknya sendiri di kilangnya yang tercanggih di Amerika Syarikat, China dan India.

Mary Kay Ash telah mendapat banyak anugerah berprestij dan diiktiraf sebagai 'Usahawan Wanita Yang Terunggul' di dalam sejarah Amerika. Misi Mary Kay ialah untuk MEMPERKAYAKAN KEHIDUPAN WANITA melalui 4 nilai teras berikut:

GO GIVE
Perniagaan Mary Kay di asaskan dengan prinsip GO GIVE, iaitu membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang balasan.

GOLDEN RULE
Mary Kay Inc mengamalkan prinsip 'layani orang lain sebagai mana anda ingin dilayani’

BUAT ORANG LAIN BERASA PENTING
Di Mary Kay kami sangat percaya pada usaha untuk membuatkan orang lain berasa penting dan dihargai.

KEUTAMAAN YANG BETUL & KESEIMBANGAN DALAM HIDUP
Keseimbangan hidup mampu dicapai apabila meletakkan keutamaan yang betul. TUHAN di tempat pertama, KELUARGA di tempat kedua diikuti KERJAYA di tempat ketiga.





Hubungi Aida: Whatsapp/Instagram

Hubungi saya untuk mendapatkan MAKLUMAT LANJUT atau KONSULTASI tentang pemilihan dan cara penggunaan produk yang tepat. Saya juga menawarkan SAMPLE PRODUK untuk dicuba serta KELAS penjagaan kulit/makeup secara PERCUMA. 


Comments

Popular posts from this blog

Youthfinity® Serum - Serum Untuk Menguatkan Keremajaan Anda

April 2019 menyaksikan satu lagi produk terbaru Mary Kay dilancarkan di pasaran Malaysia. Serum mewah ini yang diberi nama SERUM YOUTHFINITY ®  telah diuji berkesan untuk menyerlahkan kecantikan kulit penggunanya disamping memberi kesan seakan sutera kepada kulit. Kehebatan serum ini sangat mengkagumkan sehinggakan ianya telah kehabisan stok di pasaran Malaysia hanya dalam tempoh 11 hari selepas pelancarannya di sini. Mary Kay Youthfinity ®  Serum Bahan utama yang digunakan dalam penghasilan serum ini sangat membantu dalam melindungi kulit dari pengaruh luar. Kompleks Ros Infiniti * ini mengadungi Ros Alpen , Evening Primrose dan Infinite Tripeptide yang mampu membebaskan kulit dari punca stres yang sangat mempengaruhi kecantikan dan kondisi kulit seseorang. Ianya juga dapat membantu menentang kerosakan, sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit*. Kekuatan Kuasa Tiga Kompleks Rose Infiniti (Infinite Rose Complex) yang terdapat di dalam serum Youthfinity ...

Rangkaian Produk Pencerahan Kulit Yang Selamat - MelaCEP Plus+ Luminous System

Kebelakangan ini, terdapat ramai pengguna produk penjagaan kulit yang mengimpikan dan berusaha keras untuk memiliki kulit yang lebih cerah sempurna dengan tona wajah yang lebih sekata. Bagi memenuhi impian ini, Mary Kay sangat berbangga dengan rangkaian produk pencerahan kulit nya, MelaCEP Plus+ TM Luminous System yang dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu penggunanya meneutralkan unsur-unsur yang menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata serta kurang bermaya. MelaCEP Plus+ TM ini adalah sangat istimewa kerana ianya dilengkapi dengan ramuan yang memacu proses semula jadi serta meningkatkan kadar pusing ganti kulit bagi membolehkan sel tanpa pigmen muncul di permukaan lalu menampakkan tona kulit yang lebih cerah sekata. Produk-produk MelaCEP Plus+ TM mengandungi sebatian istimewa Kompleks Pencerah MelaCEP   Plus+ ™  yang dirumus khas daripada ekstrak botani utama iaitu ekstrak EDELWEISS, ekstrak ALGAE dan ASID AMINO TUMBUHAN bagi mencapai manfaat ...

Rangkaian Penjagaan Kulit Ajaib - Set TimeWise® Miracle Set®

Apabila semakin meningkat usia, kadar pembaharuan kulit juga akan menjadi semakin perlahan dan menyebabkannya berubah menjadi lebih kering, kurang pejal dan kurang berseri. Seawal usia 25 tahun kulit sudah mula mengalami proses penuaan akibat gaya hidup, pemakanan dan pendedahan terhadap sinar UV yang merbahaya serta pencemaran. Pengguna produk penjagaan kulit kini telah mula sedar akan keperluan mendapatkan produk anti-penuaan yang berkesan dan selamat.  Terkenal dengan pencapaian yang cemerlang dan inovatif, TimeWise® Miracle Set® dari Mary Kay mampu memberikan impak anti-penuaan yang amat luar biasa, sesuai dengan namanya. Miracle Set® ialah koleksi premium produk melawan penuaan yang bertindak secara kolektif dan dihasilkan melalui teknologi sains penjagaan kulit yang terkini dan hebat. Ianya bertindak melawan proses penuaan dengan cara menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, memastikan kulit sentiasa kekal lembap, mencergaskan sel kulit d...