Skip to main content

Rangkaian Penjagaan Kulit Ajaib - Set TimeWise® Miracle Set®

Apabila semakin meningkat usia, kadar pembaharuan kulit juga akan menjadi semakin perlahan dan menyebabkannya berubah menjadi lebih kering, kurang pejal dan kurang berseri. Seawal usia 25 tahun kulit sudah mula mengalami proses penuaan akibat gaya hidup, pemakanan dan pendedahan terhadap sinar UV yang merbahaya serta pencemaran. Pengguna produk penjagaan kulit kini telah mula sedar akan keperluan mendapatkan produk anti-penuaan yang berkesan dan selamat. 

Terkenal dengan pencapaian yang cemerlang dan inovatif, TimeWise® Miracle Set® dari Mary Kay mampu memberikan impak anti-penuaan yang amat luar biasa, sesuai dengan namanya. Miracle Set® ialah koleksi premium produk melawan penuaan yang bertindak secara kolektif dan dihasilkan melalui teknologi sains penjagaan kulit yang terkini dan hebat. Ianya bertindak melawan proses penuaan dengan cara menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, memastikan kulit sentiasa kekal lembap, mencergaskan sel kulit dan membina semula kulit agar lebih sihat dan muda.

TimeWise® Miracle Set® merangkumi empat produk utama TimeWise® iaitu 3-In-1Cleanser atau 3-In-1 Cleansing Bar, Age-Fighting Moisturizer, Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35 serta Night Solution.

Mary Kay TimeWise® Miracle Set® 

TimeWise® 3-In-1 Cleanser dan TimeWise® 3-In-1 Cleansing Bar

Produk pembersih TimeWise® menggabungkan anti-penuaan dengan tiga fungsi asas dalam satu produk iaitu membersih, mengelupas dan menyegar untuk menyerlahkan kulit yang tampak lebih muda dan berseri. Pembersih 3-dalam-1 ini mengandungi sejenis kompleks berpaten yang mampu mengurangkan garis halus dan kedutan dengan cara memacu proses pembaharuan kulit yang semula jadi.

TimeWise® Age-Fighting Moisturizer

Losyen mewah emolien ini menggabungkan tindakan penghidratan 10 jam melalui kompleks berpaten istimewa yang dapat memacu proses pembaharuan kulit secara semula jadi untuk menampilkan kulit yang lebih pejal, lebih licin dan kurang garis atau kedutan. Sebatian humektan impian yang terkandung di dalam TimeWise® Age-Fighting Moisturizer memastikan kulit sentiasa kekal lembap.

TimeWise® Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35

Produk yang inovatif ini mencegah kejadian garis-garis dan penyahwarnaan sebelum ianya berlaku dengan menghalang kerosakan akibat sinar UVA/UVB. Selain itu, peptida penenang membantu melegakan garis-garis ekspresi, manakala ramuan botani yang kaya dengan khasiat di dalam TimeWise® Day Solution Sunscreen Broad Spectrum SPF 35 ini pula membantu mencergaskan sel kulit.

TimeWise® Night Solution

Sistem unik yang mengandungi vitamin terkapsul, antioksida dan peptida anti-penuaan ini membantu mempertahankan keremajaan kulit serta menggalakkan penghasilan kolagen semula jadi bagi memudarkan garis-garis yang dalam serta kedutan. Mikrokapsul Nutribeads® di dalam Night Solution mempunyai kandungan vitamin yang sangat tinggi untuk memperbaiki tekstur dan kondisi kulit. 


Melalui penggunaan Miracle Set® yang betul dan konsisten, pengguna pasti dapat memiliki kulit yang kurang garisan atau kedutan, tinggi keanjalan serta tona kulit yang lebih sekata. Miracle Set® ini memang dirumus istimewa untuk membantu menghapuskan tanda penuaan yang ketara bagi menampilkan kulit lebih licin berseri yang anda boleh lihat dan rasakan sendiri.







Hubungi Aida: Whatsapp/Instagram

Hubungi saya untuk mendapatkan MAKLUMAT LANJUT atau KONSULTASI tentang pemilihan dan cara penggunaan produk yang tepat. Saya juga menawarkan SAMPLE PRODUK untuk dicuba serta KELAS penjagaan kulit/makeup secara PERCUMA.

Comments

Popular posts from this blog

Youthfinity® Serum - Serum Untuk Menguatkan Keremajaan Anda

April 2019 menyaksikan satu lagi produk terbaru Mary Kay dilancarkan di pasaran Malaysia. Serum mewah ini yang diberi nama SERUM YOUTHFINITY ®  telah diuji berkesan untuk menyerlahkan kecantikan kulit penggunanya disamping memberi kesan seakan sutera kepada kulit. Kehebatan serum ini sangat mengkagumkan sehinggakan ianya telah kehabisan stok di pasaran Malaysia hanya dalam tempoh 11 hari selepas pelancarannya di sini. Mary Kay Youthfinity ®  Serum Bahan utama yang digunakan dalam penghasilan serum ini sangat membantu dalam melindungi kulit dari pengaruh luar. Kompleks Ros Infiniti * ini mengadungi Ros Alpen , Evening Primrose dan Infinite Tripeptide yang mampu membebaskan kulit dari punca stres yang sangat mempengaruhi kecantikan dan kondisi kulit seseorang. Ianya juga dapat membantu menentang kerosakan, sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit*. Kekuatan Kuasa Tiga Kompleks Rose Infiniti (Infinite Rose Complex) yang terdapat di dalam serum Youthfinity ...

Rangkaian Produk Pencerahan Kulit Yang Selamat - MelaCEP Plus+ Luminous System

Kebelakangan ini, terdapat ramai pengguna produk penjagaan kulit yang mengimpikan dan berusaha keras untuk memiliki kulit yang lebih cerah sempurna dengan tona wajah yang lebih sekata. Bagi memenuhi impian ini, Mary Kay sangat berbangga dengan rangkaian produk pencerahan kulit nya, MelaCEP Plus+ TM Luminous System yang dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu penggunanya meneutralkan unsur-unsur yang menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata serta kurang bermaya. MelaCEP Plus+ TM ini adalah sangat istimewa kerana ianya dilengkapi dengan ramuan yang memacu proses semula jadi serta meningkatkan kadar pusing ganti kulit bagi membolehkan sel tanpa pigmen muncul di permukaan lalu menampakkan tona kulit yang lebih cerah sekata. Produk-produk MelaCEP Plus+ TM mengandungi sebatian istimewa Kompleks Pencerah MelaCEP   Plus+ ™  yang dirumus khas daripada ekstrak botani utama iaitu ekstrak EDELWEISS, ekstrak ALGAE dan ASID AMINO TUMBUHAN bagi mencapai manfaat ...