Skip to main content

Rangkaian Produk Pencerahan Kulit Yang Selamat - MelaCEP Plus+ Luminous System

Kebelakangan ini, terdapat ramai pengguna produk penjagaan kulit yang mengimpikan dan berusaha keras untuk memiliki kulit yang lebih cerah sempurna dengan tona wajah yang lebih sekata. Bagi memenuhi impian ini, Mary Kay sangat berbangga dengan rangkaian produk pencerahan kulit nya, MelaCEP Plus+ TM Luminous System yang dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu penggunanya meneutralkan unsur-unsur yang menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata serta kurang bermaya.

MelaCEP Plus+ TM ini adalah sangat istimewa kerana ianya dilengkapi dengan ramuan yang memacu proses semula jadi serta meningkatkan kadar pusing ganti kulit bagi membolehkan sel tanpa pigmen muncul di permukaan lalu menampakkan tona kulit yang lebih cerah sekata.

Produk-produk MelaCEP Plus+ TM mengandungi sebatian istimewa Kompleks Pencerah MelaCEP  Plus+ yang dirumus khas daripada ekstrak botani utama iaitu ekstrak EDELWEISS, ekstrak ALGAE dan ASID AMINO TUMBUHAN bagi mencapai manfaat pencerahan kulit wajah.

Ekstrak Edelweiss: 
  • Telah terbukti dapat mensasarkan melanin bagi membantu menghapuskan tompokan gelap pada kulit.

Ekstrak Algae:
  • Mensasarkan melanin dan mengurangkan kegelapan yang terdapat pada permukaan kulit wajah.

Asid Amino Tumbuhan:
  • Meningkatkan tahap kecerahan kulit secara berkesan.
  • Memperbaiki tona kulit agar menjadi lebih cerah dan sekata.
  • Mengurangkan kontra warna pada bintik dan tompok hitam kulit supaya menjadi semakin kurang ketara dan tidak begitu kelihatan.

Ekstrak Cendawan Shitake:
  • Membekalkan enzim khas bagi membantu meningkatkan proses pembersihan kulit.

Rangkaian penjagaan kulit MelaCEP Plus+  Luminous System merangkumi lima produk hebat termasuk pencuci, masker, penyegar, serum serta krim pelembap.

Mary Kay MelaCEP Plus+™ Luminous System

MelaCEP Plus+ TM Foaming Cleanser

Formula berkrim ini berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak berlebihan dari kulit wajah secara lembut bagi mempersiapkan kulit untuk ke langkah seterusnya dalam penjagaan kulit. Melembut, menghalus serta mencerahkan kulit yang kusam.

MelaCEP Plus+ TM Mask

Masker yang kaya dengan lembapan ini menjadikan kulit kelihatan lebih cerah dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Ia menjadikan kulit terasa lebih lembap, lembut serta licin.

MelaCEP Plus+ TM Freshener

Penyegar ini melengkapkan proses membersih, menjadikan kulit terasa lebih segar dan halus. Kulit menjadi lebih berseri dari dalam dan jelas kelihatan lebih cerah semulajadi.

LumiVieTM Intensive Serum

Serum yang cepat meresap ini membantu mengembalikan kejernihan kulit melalui rumusan khas Kompleks Opti-BrightTM dan diperkaya dengan tenaga dari ratu mutiara hitam Tahitan. Serum ini berupaya mencerah, menguat  dan melembapkan kulit untuk membangkitkan kesan pencerahan yang hebat.

MelaCEP Plus+  Ultimate Cream

Pelembap yang mudah diserap ini membekalkan kelembapan segera kepada kulit serta meningkatkan keserian pada kulit wajah. Keputusan dari kajian klinikal bebas terhadap 43 wanita yang menggunakan Ultimate Cream dua kali sehari, menunjukkan peningkatan terhadap kecerahan kulit kepada 79% responden, serta peningkatan tekstur kulit kepada 90% responden selepas 12 minggu penggunaan.







Hubungi Aida: Whatsapp/Instagram

Hubungi saya untuk mendapatkan MAKLUMAT LANJUT atau KONSULTASI tentang pemilihan dan cara penggunaan produk yang tepat. Saya juga menawarkan SAMPLE PRODUK untuk dicuba serta KELAS penjagaan kulit/makeup secara PERCUMA.

Comments

Popular posts from this blog

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Yang Berkesan - Botanical Effects

BOTANICAL EFFECTS TM adalah salah satu rangkaian produk penjagaan kulit dari Mary Kay yang memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan penjagaan kulit dengan formula yang mudah dan ringkas. Oleh kerana ianya sangat ringkas digunakan, Botanical Effects TM  nyata amat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk tetapi masih menginginkan rangkaian produk yang berkesan bagi mendapatkan serta mengekalkan kondisi kulit yang sihat. Rangkaian produk Botanical Effects TM  ini juga sangat sesuai untuk golongan remaja yang baru sahaja ingin memulakan rejimen penjagaan kulit mereka yang pertama bagi membantu menghadapi perubahan yang bakal berlaku terhadap kulit akibat perubahan hormon dan persekitaran. Bagi pengguna yang risau tentang kandungan bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam produk penjagaan kulit, Botanical Effects TM   adalah penyelesaian kepada kegusaran anda. Produk Botanical Effects TM   telah diformulasi, diuji dan dibukti lembut ...

Youthfinity® Serum - Serum Untuk Menguatkan Keremajaan Anda

April 2019 menyaksikan satu lagi produk terbaru Mary Kay dilancarkan di pasaran Malaysia. Serum mewah ini yang diberi nama SERUM YOUTHFINITY ®  telah diuji berkesan untuk menyerlahkan kecantikan kulit penggunanya disamping memberi kesan seakan sutera kepada kulit. Kehebatan serum ini sangat mengkagumkan sehinggakan ianya telah kehabisan stok di pasaran Malaysia hanya dalam tempoh 11 hari selepas pelancarannya di sini. Mary Kay Youthfinity ®  Serum Bahan utama yang digunakan dalam penghasilan serum ini sangat membantu dalam melindungi kulit dari pengaruh luar. Kompleks Ros Infiniti * ini mengadungi Ros Alpen , Evening Primrose dan Infinite Tripeptide yang mampu membebaskan kulit dari punca stres yang sangat mempengaruhi kecantikan dan kondisi kulit seseorang. Ianya juga dapat membantu menentang kerosakan, sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit*. Kekuatan Kuasa Tiga Kompleks Rose Infiniti (Infinite Rose Complex) yang terdapat di dalam serum Youthfinity ...

Rangkaian Penjagaan Kulit Ajaib - Set TimeWise® Miracle Set®

Apabila semakin meningkat usia, kadar pembaharuan kulit juga akan menjadi semakin perlahan dan menyebabkannya berubah menjadi lebih kering, kurang pejal dan kurang berseri. Seawal usia 25 tahun kulit sudah mula mengalami proses penuaan akibat gaya hidup, pemakanan dan pendedahan terhadap sinar UV yang merbahaya serta pencemaran. Pengguna produk penjagaan kulit kini telah mula sedar akan keperluan mendapatkan produk anti-penuaan yang berkesan dan selamat.  Terkenal dengan pencapaian yang cemerlang dan inovatif, TimeWise® Miracle Set® dari Mary Kay mampu memberikan impak anti-penuaan yang amat luar biasa, sesuai dengan namanya. Miracle Set® ialah koleksi premium produk melawan penuaan yang bertindak secara kolektif dan dihasilkan melalui teknologi sains penjagaan kulit yang terkini dan hebat. Ianya bertindak melawan proses penuaan dengan cara menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, memastikan kulit sentiasa kekal lembap, mencergaskan sel kulit d...