Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Rangkaian Produk Pencerahan Kulit Yang Selamat - MelaCEP Plus+ Luminous System

Kebelakangan ini, terdapat ramai pengguna produk penjagaan kulit yang mengimpikan dan berusaha keras untuk memiliki kulit yang lebih cerah sempurna dengan tona wajah yang lebih sekata. Bagi memenuhi impian ini, Mary Kay sangat berbangga dengan rangkaian produk pencerahan kulit nya, MelaCEP Plus+ TM Luminous System yang dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu penggunanya meneutralkan unsur-unsur yang menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata serta kurang bermaya. MelaCEP Plus+ TM ini adalah sangat istimewa kerana ianya dilengkapi dengan ramuan yang memacu proses semula jadi serta meningkatkan kadar pusing ganti kulit bagi membolehkan sel tanpa pigmen muncul di permukaan lalu menampakkan tona kulit yang lebih cerah sekata. Produk-produk MelaCEP Plus+ TM mengandungi sebatian istimewa Kompleks Pencerah MelaCEP   Plus+ ™  yang dirumus khas daripada ekstrak botani utama iaitu ekstrak EDELWEISS, ekstrak ALGAE dan ASID AMINO TUMBUHAN bagi mencapai manfaat ...

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Yang Berkesan - Botanical Effects

BOTANICAL EFFECTS TM adalah salah satu rangkaian produk penjagaan kulit dari Mary Kay yang memenuhi keperluan pengguna yang memerlukan penjagaan kulit dengan formula yang mudah dan ringkas. Oleh kerana ianya sangat ringkas digunakan, Botanical Effects TM  nyata amat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk tetapi masih menginginkan rangkaian produk yang berkesan bagi mendapatkan serta mengekalkan kondisi kulit yang sihat. Rangkaian produk Botanical Effects TM  ini juga sangat sesuai untuk golongan remaja yang baru sahaja ingin memulakan rejimen penjagaan kulit mereka yang pertama bagi membantu menghadapi perubahan yang bakal berlaku terhadap kulit akibat perubahan hormon dan persekitaran. Bagi pengguna yang risau tentang kandungan bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam produk penjagaan kulit, Botanical Effects TM   adalah penyelesaian kepada kegusaran anda. Produk Botanical Effects TM   telah diformulasi, diuji dan dibukti lembut ...

Cara Menentukan Jenis Kulit

Memang tidak dinafikan sebilangan besar daripada kita masih keliru tentang jenis kulit wajah masing-masing. Walaupun telah sekian lama menggunakan produk penjagaan kulit, masih ramai yang tidak pernah menerima sebarang khidmat nasihat dari perunding bertauliah tentang pemilihan produk yang bersesuaian.   Tahukah anda? Sebelum memilih produk penjagaan muka, kita terlebih dahulu perlu memastikan jenis kulit wajah. Ini adalah kerana, reaksi kulit terhadap produk sangat berkait rapat dengan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut. Memilih produk yang tidak bersesuaian dengan kulit boleh menyebabkan perubahan yang tidak diingini dan memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia ada.  Jadi bagaimana cara yang tepat mengenalpasti jenis kulit? Sebenarnya terdapat beberapa cara yang berbeza untuk menentukan jenis kulit, tetapi cara yang paling mudah ialah dengan memerhatikan perubahan yang berlaku terhadap kulit sewaktu ia berada dalam keadaan rehat. Kulit dikatakan...

Jenis-Jenis Kulit Wajah

Apabila memilih produk penjagaan muka perkara pertama yang perlu ditanyakan pada diri ialah apakah jenis kulit wajah anda? Ramai yang masih belum pasti atau keliru dalam menentukan perkara ini dan akibatnya kebanyakan daripada kita sering tersalah memilih produk untuk penjagaan muka. Kenapa penting untuk kita menentukan jenis kulit sebelum memilih produk muka?   Sangat penting untuk kita menentukan jenis kulit secara tepat kerana ianya bakal menentukan samada kulit akan menjadi lebih baik atau semakin bermasalah atau mungkin juga tidak mengalami sebarang perubahan lansung selepas penggunaan sesuatu produk. Anda tentu tidak mahu berbelanja besar untuk produk yang baik dan mahal tetapi akhirnya tidak mendapat pulangan yang menggembirakan daripada pelaburan tersebut. Lebih menyedihkan lagi, kulit bertambah teruk dari keadaan sebelumnya akibat dari tersalah pilih produk yang kurang bersesuaian dengan kulit. Apakah faktor yang menentukan jenis kulit? Secara prinsipnya j...