BOTANICAL EFFECTSTM adalah salah satu rangkaian
produk penjagaan kulit dari Mary Kay yang memenuhi keperluan pengguna yang
memerlukan penjagaan kulit dengan formula yang mudah dan ringkas. Oleh kerana
ianya sangat ringkas digunakan, Botanical EffectsTM nyata amat
sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk tetapi masih menginginkan rangkaian
produk yang berkesan bagi mendapatkan serta mengekalkan kondisi kulit yang
sihat.
Rangkaian produk Botanical EffectsTM ini juga sangat
sesuai untuk golongan remaja yang baru sahaja ingin memulakan rejimen penjagaan
kulit mereka yang pertama bagi membantu menghadapi perubahan yang bakal berlaku
terhadap kulit akibat perubahan hormon dan persekitaran.
Bagi pengguna yang risau tentang kandungan bahan kimia berbahaya
yang terdapat di dalam produk penjagaan kulit, Botanical EffectsTM adalah
penyelesaian kepada kegusaran anda. Produk Botanical EffectsTM telah
diformulasi, diuji dan dibukti lembut serta selamat untuk digunakan termasuk terhadap
kulit yang paling sensitif. Kajian klinikal dan pengguna telah dibuat untuk
memastikan Botanical EffectsTM selamat untuk penggunaan.
Botanical EffectsTM didatangkan dalam tiga
formula berbeza iaitu untuk kulit kering, kulit biasa dan kulit berminyak.
Kesemua formula ini mengandungi kompleks eksklusif dari ekstrak bahan botani
termasuk:
- Silymarin (susu buah tistel) - Antioksidan dan anti-perengsaan yang amat berkuasa untuk membantu melindungi dan menenangkan kulit.
- Luo Han Guo - Juga dikenali sebagai buah “kelanjutan usia” yang dirumus seperti teh tradisi untuk mengukuhkan sistem imun.
![]() |
Mary Kay Botanical EffectsTM |
Berikut adalah perbezaan dari segi kandungan bahan bagi ketiga-tiga formula Botanical EffectsTM:
Formula 1 (Formula botani khusus untuk kulit jenis kering)
- Ekstrak biji flaks – Biji flaks ialah salah satu sumber tumbuhan paling kaya dengan asid lemak omega-3, juga dikenali dapat membantu melegakan ketidakselesaan kulit kering.
- Ekstrak rumpai laut – sejenis ekstrak alga laut, rumpai laut terkenal sebagai sumber vitamin, mineral dan asid lemak yang penting untuk pelembapan dan keseimbangan kulit.
Formula 2 (Formula botani khusus untuk kulit jenis biasa)
- Ekstrak bunga kemboja – Bunga kemboja dikenali untuk faedah menenangkan dan melegakan serta sejenis antioksidan yang membantu melindungi daripada tekanan persekitaran.
- Ekstrak bunga teratai – Sejenis antioksidan, bunga teratai dilaporkan sebagai sumber mineral penting untuk kulit yang sihat.
Formula 3 (Formula botani khusus untuk kulit jenis berminyak)
- Ekstrak kanuka (pokok teh putih) – Sumber kanuka terkenal untuk membantu mengurangkan bakteria yang mungkin mengakibatkan pori tersumbat.
- Ekstrak jambu batu – Jambu batu terkenal sebagi sumber asid salisilik, sejenis pengelupas yang menyingkirkan kulit mati dan pori tersumbat supaya mengurangkan permukaan berminyak.
Terdapat 4 produk hebat di dalam rangkaian penjagaan kulit Botanical EffectsTM yang terdiri daripada pencuci muka, penyegar, pelembap dan masker.
![]() |
Pencuci, Penyegar, Pelembap dan Masker Botanical EffectsTM |
Botanical EffectsTM 3-in-1 Cleanse:
Membersih, mengelupas dan
menyegar dalam satu langkah yang berkesan. Membantu mengekalkan keseimbangan
kulit. Meninggalkan kulit berasa licin, terhidrat dan sihat. Kulit tampak segar
dan berasa lembut.
Botanical EffectsTM Freshen:
Formula tidak-mengering menyingkirkan kekotoran
berlebihan dari kulit dengan lembut. Mengekalkan keseimbangan semulajadi kulit.
Kulit tampak berseri dan sihat. Membantu menenangkan dan melegakan kulit. Kulit
berasa lembut dan licin, tersedia untuk langkah pelembapan.
Botanical EffectsTM Hydrate:
Menyerap pantas dan mengimbangkan kulit. Kaya
dengan kelembapan. Meninggalkan kulit berasa tenang. Membantu mengekalkan tahap
lembapan kulit. Kulit berasa lembut dan anjal.
Botanical EffectsTM Mask:
Menanggalkan kekotoran dengan lembut kerana ia
mencergaskan kulit; mudah ditanggalkan dengan air. Mengelupas dengan lembut
kerana ia menambahbaikan tekstur kulit. Menambahkan penghidratan. Kulit tampak
licin dan berasa diperbaharui.
Apa respon pengguna terhadap rangkaian produk Botanical EffectsTM?
"KULIT SAYA TAMPAK SIHAT!"
Inilah yang dikatakan oleh sembilan daripada sepuluh wanita
setelah menggunakan rangkaian penjagaan kulit Botanical EffectsTM di
dalam sebuah kajian* bebas yang dijalankan ke atas penggunanya. Perkara berikut
turut dikatakan oleh 90% wanita setelah menggunakan rejimen untuk kulit kering*
- Ia menyediakan pelembapan serta-merta.
- Ia meninggalkan kulit berasa tenang.
- Ia mengurangkan kekusaman kulit.
- Ia mengekalkan keseimbangan kulit.
Sedikit fakta menarik mengenai Botanical EffectsTM
Botanical EffectsTM bukan sahaja memberi
memanfaat kepada kulit tetapi juga memberi memanfaat kepada planet bumi kita!
Dengan pembungkusan yang boleh dikitar semula (botol) dan yang diperbuat
daripada bahan kitar semula (tiub dan karton) serta kesedaran terhadap
persekitaran (termasuk penutup ringan), rangkaian ini dapat memberikan mood
yang baik kepada setiap pengguna!
Hubungi saya untuk mendapatkan MAKLUMAT LANJUT atau KONSULTASI tentang pemilihan dan cara penggunaan produk yang tepat. Saya juga menawarkan SAMPLE PRODUK untuk dicuba serta KELAS penjagaan kulit/makeup secara PERCUMA.
Comments
Post a Comment