Skip to main content

Cara Menentukan Jenis Kulit

Memang tidak dinafikan sebilangan besar daripada kita masih keliru tentang jenis kulit wajah masing-masing. Walaupun telah sekian lama menggunakan produk penjagaan kulit, masih ramai yang tidak pernah menerima sebarang khidmat nasihat dari perunding bertauliah tentang pemilihan produk yang bersesuaian.  

Tahukah anda?

Sebelum memilih produk penjagaan muka, kita terlebih dahulu perlu memastikan jenis kulit wajah. Ini adalah kerana, reaksi kulit terhadap produk sangat berkait rapat dengan bahan yang terkandung di dalam produk tersebut. Memilih produk yang tidak bersesuaian dengan kulit boleh menyebabkan perubahan yang tidak diingini dan memburukkan lagi keadaan kulit yang sedia ada. 

Jadi bagaimana cara yang tepat mengenalpasti jenis kulit?

Sebenarnya terdapat beberapa cara yang berbeza untuk menentukan jenis kulit, tetapi cara yang paling mudah ialah dengan memerhatikan perubahan yang berlaku terhadap kulit sewaktu ia berada dalam keadaan rehat. Kulit dikatakan berada dalam keadaan rehat apabila ia sedang bersih dari sebarang kekotoran serta bebas daripada aplikasi mekap atau produk.

Berikut adalah langkah yang boleh diikuti untuk mengenalpasti jenis kulit muka anda:

1. CUCI WAJAH - Bersihkan wajah menggunakan pencuci yang lembut, kemudian tekapkan dan keringkan dengan tuala yang bersih. Langkah ini bagi memastikan segala kekotoran, minyak dan sisa mekap dibersihkan untuk mengembalikan kesegaran kulit.
Membersihkan wajah dengan pencuci yang lembut.

2. TUNGGU SEKETIKA -  Setelah dikeringkan, tunggu lebih kurang satu jam tanpa menyentuh atau meletakkan sebarang produk ke atas kulit yang telah dibersihkan tadi. Dalam tempoh rehat ini kulit akan kembali kepada keadaan asalnya yang sebenar dan akan menunjukkan karakteristik yang boleh digunakan untuk menentukan jenisnya.

3. TEKAPKAN TISU KE ATAS KULIT - Selepas merehatkan kulit, tekap-tekapkan tisu atau kertas penyerap minyak (facial oil blotter) ke atas kulit. Gunakan tisu atau kertas penyerap minyak yang berbeza untuk zon-T (dahi, hidung serta dagu) dan kawasan muka yang selebihnya. Perhatikan kesan minyak di kedua-dua zon utama ini.
Tekap muka dengan tisu kering yang bersih.

4. TENTUKAN JENIS KULIT - Berpandukan pemerhatian terhadap keadaan kulit pada ketika ini serta hasil serapan minyak pada tisu atau kertas penyerap minyak tadi, tentukan jenis kulit anda mengikut kategori di bawah:
  • Kulit Normal terasa anjal dan lembap, liang pori kelihatan kecil serta tidak terdapat sebarang kesan minyak atau kulit mati yang menggelupas. Kulit normal mempunyai kelenjar minyak yang berfungsi dengan baik dan berupaya mengawal pengeluaran minyak agar sentiasa seimbang. 
  • Kulit Berminyak akan tampak kusam, berkilat dan mempunyai liang pori yang besar. Terdapat kesan serapan minyak yang agak ketara di kedua-dua zon utama muka kerana kelenjar minyak terlalu aktif di kawasan-kawasan tersebut. Kesan minyak tadi membuatkan kotoran lebih mudah melekat ke muka dan sekiranya kotoran ini mengandungi bakteria, maka ia berpotensi menginfeksi kulit dan menyebabkan keradangan atau jerawat. Namun begitu, kulit berminyak biasanya terasa anjal kerana keadaannya yang sentiasa lembap.
  • Kulit Kering akan terasa tegang dan terdapat sel kulit mati yang menggelupas. Ini adalah kerana kulit yang kering menghasilkan terlalu sedikit minyak dan ianya tidak mencukupi untuk melembapkan wajah. Wajah yang mempunyai kulit yang kering sangat berpotensi mengalami penuaan pramatang dan mudah berkedut.
  • Kulit Kombinasi adalah gabungan dua atau tiga jenis kulit yang disebutkan di atas. Biasanya ia akan lebih berminyak di zon-T dan lebih normal atau kering di bahagian yang lainnya. 
Dengan perkongsian di atas ini, di harap tiada lagi keraguaan mengenai jenis kulit wajah dan boleh la segera berbincang dengan Perunding Kecantikan anda mengenai produk yang benar-benar sesuai dengan keperluan wajah. 





Hubungi Aida: Whatsapp/Instagram

Hubungi saya untuk mendapatkan MAKLUMAT LANJUT atau KONSULTASI tentang pemilihan dan cara penggunaan produk yang tepat. Saya juga menawarkan SAMPLE PRODUK untuk dicuba serta KELAS penjagaan kulit/makeup secara PERCUMA.

Comments

Popular posts from this blog

Youthfinity® Serum - Serum Untuk Menguatkan Keremajaan Anda

April 2019 menyaksikan satu lagi produk terbaru Mary Kay dilancarkan di pasaran Malaysia. Serum mewah ini yang diberi nama SERUM YOUTHFINITY ®  telah diuji berkesan untuk menyerlahkan kecantikan kulit penggunanya disamping memberi kesan seakan sutera kepada kulit. Kehebatan serum ini sangat mengkagumkan sehinggakan ianya telah kehabisan stok di pasaran Malaysia hanya dalam tempoh 11 hari selepas pelancarannya di sini. Mary Kay Youthfinity ®  Serum Bahan utama yang digunakan dalam penghasilan serum ini sangat membantu dalam melindungi kulit dari pengaruh luar. Kompleks Ros Infiniti * ini mengadungi Ros Alpen , Evening Primrose dan Infinite Tripeptide yang mampu membebaskan kulit dari punca stres yang sangat mempengaruhi kecantikan dan kondisi kulit seseorang. Ianya juga dapat membantu menentang kerosakan, sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit*. Kekuatan Kuasa Tiga Kompleks Rose Infiniti (Infinite Rose Complex) yang terdapat di dalam serum Youthfinity ...

Rangkaian Produk Pencerahan Kulit Yang Selamat - MelaCEP Plus+ Luminous System

Kebelakangan ini, terdapat ramai pengguna produk penjagaan kulit yang mengimpikan dan berusaha keras untuk memiliki kulit yang lebih cerah sempurna dengan tona wajah yang lebih sekata. Bagi memenuhi impian ini, Mary Kay sangat berbangga dengan rangkaian produk pencerahan kulit nya, MelaCEP Plus+ TM Luminous System yang dirumus khas untuk kulit orang Asia bagi membantu penggunanya meneutralkan unsur-unsur yang menyebabkan tona kulit menjadi tidak sekata serta kurang bermaya. MelaCEP Plus+ TM ini adalah sangat istimewa kerana ianya dilengkapi dengan ramuan yang memacu proses semula jadi serta meningkatkan kadar pusing ganti kulit bagi membolehkan sel tanpa pigmen muncul di permukaan lalu menampakkan tona kulit yang lebih cerah sekata. Produk-produk MelaCEP Plus+ TM mengandungi sebatian istimewa Kompleks Pencerah MelaCEP   Plus+ ™  yang dirumus khas daripada ekstrak botani utama iaitu ekstrak EDELWEISS, ekstrak ALGAE dan ASID AMINO TUMBUHAN bagi mencapai manfaat ...

Rangkaian Penjagaan Kulit Ajaib - Set TimeWise® Miracle Set®

Apabila semakin meningkat usia, kadar pembaharuan kulit juga akan menjadi semakin perlahan dan menyebabkannya berubah menjadi lebih kering, kurang pejal dan kurang berseri. Seawal usia 25 tahun kulit sudah mula mengalami proses penuaan akibat gaya hidup, pemakanan dan pendedahan terhadap sinar UV yang merbahaya serta pencemaran. Pengguna produk penjagaan kulit kini telah mula sedar akan keperluan mendapatkan produk anti-penuaan yang berkesan dan selamat.  Terkenal dengan pencapaian yang cemerlang dan inovatif, TimeWise® Miracle Set® dari Mary Kay mampu memberikan impak anti-penuaan yang amat luar biasa, sesuai dengan namanya. Miracle Set® ialah koleksi premium produk melawan penuaan yang bertindak secara kolektif dan dihasilkan melalui teknologi sains penjagaan kulit yang terkini dan hebat. Ianya bertindak melawan proses penuaan dengan cara menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, memastikan kulit sentiasa kekal lembap, mencergaskan sel kulit d...