April 2019 menyaksikan satu lagi produk terbaru Mary Kay dilancarkan di pasaran Malaysia. Serum mewah ini yang diberi nama SERUM YOUTHFINITY ® telah diuji berkesan untuk menyerlahkan kecantikan kulit penggunanya disamping memberi kesan seakan sutera kepada kulit. Kehebatan serum ini sangat mengkagumkan sehinggakan ianya telah kehabisan stok di pasaran Malaysia hanya dalam tempoh 11 hari selepas pelancarannya di sini. Mary Kay Youthfinity ® Serum Bahan utama yang digunakan dalam penghasilan serum ini sangat membantu dalam melindungi kulit dari pengaruh luar. Kompleks Ros Infiniti * ini mengadungi Ros Alpen , Evening Primrose dan Infinite Tripeptide yang mampu membebaskan kulit dari punca stres yang sangat mempengaruhi kecantikan dan kondisi kulit seseorang. Ianya juga dapat membantu menentang kerosakan, sekaligus menyerlahkan keremajaan kulit*. Kekuatan Kuasa Tiga Kompleks Rose Infiniti (Infinite Rose Complex) yang terdapat di dalam serum Youthfinity ...
Apabila semakin meningkat usia, kadar pembaharuan kulit juga akan menjadi semakin perlahan dan menyebabkannya berubah menjadi lebih kering, kurang pejal dan kurang berseri. Seawal usia 25 tahun kulit sudah mula mengalami proses penuaan akibat gaya hidup, pemakanan dan pendedahan terhadap sinar UV yang merbahaya serta pencemaran. Pengguna produk penjagaan kulit kini telah mula sedar akan keperluan mendapatkan produk anti-penuaan yang berkesan dan selamat. Terkenal dengan pencapaian yang cemerlang dan inovatif, TimeWise® Miracle Set® dari Mary Kay mampu memberikan impak anti-penuaan yang amat luar biasa, sesuai dengan namanya. Miracle Set® ialah koleksi premium produk melawan penuaan yang bertindak secara kolektif dan dihasilkan melalui teknologi sains penjagaan kulit yang terkini dan hebat. Ianya bertindak melawan proses penuaan dengan cara menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan garis-garis halus dan kedutan, memastikan kulit sentiasa kekal lembap, mencergaskan sel kulit d...